Perlis indah lagi mempersona. Itulah antara ungkapan yang sering disebut oleh pengunjung setelah berkunjung ke negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Malaysia dan merupakan antara negeri yang mempunyai banyak institut pengajian dan juga tempat-tempat menarik.
Secara umumnya, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis terletak di bandar Kangar. IPG Kampus Perlis merupakan antara institut yang terletak di kawasan Behor Pulai. Jika anda sampai di pusat bandar Kangar, tempoh perjalanan untuk sampai ke IPG Kampus Perlis hanyalah sekitar 7 minit.
Di IPG Kampus Perlis, pelbagai kursus dan program yang ditawarkan. IPG Kampus Perlis juga dikenali sebagai IPG Sukan. Antara fasiliti yang terdapat di IPG Kampus Perlis adalah seperti Pusat Gerko (Tasik Hanafi), Dewan Indera Kayangan, dan sebagainya. Jika anda singgah di Utara, jangan lupa pastikan anda datang melawat IPG Kampus Perlis :)
Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil di sekitar IPG Kampus Perlis dan juga negeri Perlis
PROFIL IPG KAMPUS PERLIS
Kuala Perlis l Perlis Indera Kayangan
IPG Kampus Perlis l Perlis Indera Kayangan
IPG Kampus Perlis l Perlis Indera Kayangan